Kristian: Konflik Dalaman, Satu Atau Tiga?

Di dalam Kristian terkenal dengan aqidah Triniti iaitu konsep tiga tuhan yang memiliki peribadi yang berbeza tetapi hakikatnya satu. Yang mana mereka beriman bahawa tuhan bapa, Jesus dan roh kudus adalah tuhan di dalam satu.
Akan tetapi di dalam kepercayaan aqidah triniti ini, wujudnya kelompok Kristian yang menolak konsep triniti dan mereka percaya kepada monotheisme (satu Tuhan) sahaja.
Mereka dikenali sebagai denominasi (aliran) Kristian Unitarian. Aliran ini mereka percaya kepada satu Tuhan sahaja iaitu Tuhan bapa. Mereka tidak percaya roh kudus dan Jesus salah satu daripada tuhan sepertimana kepercayaan majoriti Kristian pada hari ini. Jesus di sisi mereka adalah seorang manusia yang mendapat keistimewaan daripada Tuhan. Mereka juga menggunakan teks di dalam Bible terutama dalam perjanjian baru:
“Inilah perintah utama, dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan yang Esa” (Markus 12: 29)
“Bagus Guru! Memang benar apa yang guru katakan. Tuhanlah Allah yang Esa, dan tiada yang lain” (Markus 12: 32)
“Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Jesus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal” (Yohanes 17: 3)
Ayat-ayat ini menjadi hujah kepada golongan Unitarian bahawa Tuhan itu adalah satu dan tidak disebut satupun ayat di dalam Bible mengenai ketuhanan Jesus.
Bagaimana Konflik Tercetus?
Sebelum berlakunya persidangan pertama Kristian pada tahun 325 M, terdapat konflik yang besar berlaku di dalam isu aqidah Kristian iaitu perbalahan antara kepercayaan kepada satu Tuhan dengan kepercayaan kepada triniti.
Antara tokoh yang paling terkenal dan lantang menentang konsep ketuhanan Jesus adalah Saint Arius (250 M – 336 M) dari Iskandariah, Mesir. Pada zaman beliau ini boleh dikira sebagai zaman kemuncak konflik aqidah mengenai triniti yang berlaku dikalangan ilmuan Kristian. Di mana terdapat penentang beliau bernama Saint Athanasius juga dari Iskandariah Mesir yang membawa aqidah triniti.
Pada ketika itu, kedua-dua tokoh ini memiliki pengaruh dan pengikut yang tersendiri. Dari aliran Saint Arius ini lahirlah Arianisme yang membawa konsep monotheisme dan menolak ketuhanan Jesus manakala dari pihak Saint Athanasius lahirnya kelompok Athanasian Creed yang membawa konsep triniti. Pergaduhan mereka ini membawa kepada berlakunya persidangan Kristian yang pertama dianjurkan oleh raja Konstantin di Nicea (sekarang Iznik Turki) pada tahun 325 M. Ia dikenali sebagai Persidangan Nicea (Nicea Council).
Raja Konstantin menjemput tokoh-tokoh Kristian yang berpengaruh seperti Saint Athanasius, Eusebius, Eustathius, dan Socrates. Tetapi malangnya menurut Roger E. Olson di dalam buku The Story of Christian Theology mengatakan bahawa Arius tidak dibenarkan hadir untuk mempertahankan hujahnya walhal persidangan ini dilakukan disebabkan konflik beliau menolak ketuhanan Jesus. Akhir sekali, keputusan persidangan itu memihak kepada aqidah triniti dengan undian 318 peserta yang menyokong usul ketuhanan Jesus. Ia dikenali sebagai Nicene Creed.[1]
Setelah itu aqidah triniti ini menjadi kepercayaan dominan di dalam Kristian. Dikatakan Saint Arius dan pengikutnya dibuang negeri. Buku-buku yang mendokong ideanya dibakar, akan tetapi aqidah yang dibawanya tetap berkembang sehingga membawa kepada pembunuhan ke atas beliau.[2]
Sehingga pada hari ini masih lagi wujud golongan yang beriman kepada satu Tuhan di dalam Kristian. Mereka dikenali sebagai aliran Unitarianisme. Mereka juga sentiasa mengkritik konsep ketuhanan Jesus yang diimani oleh majoriti Kristian pada hari ini. Gerakkan Unitarian pada hari ini sudah menerima sinkretisme daripada gerakkan Kristian yang lain seperti aliran Universalist dan mereka bergabung menjadi kalta (cult) baru dikenali sebagai Unitarian Universalist.[3] Antara presiden mereka yang terkenal adalah John A. Buehrens yang sering dikecam oleh denominasi Katolik di atas isu konsep ketuhanan Jesus.
Selain itu, terdapat juga gerakkan Kristian lain yang menolak konsep ketuhanan Jesus yang dikenali sebagai Jehovah Witnesses.[4] Aliran ini dituduh sebagai sesat.[5] Mereka terkenal dengan majalah The Watchtower dan melalui majalah ini mereka banyak mengkritik denominasi Katolik dan juga golongan aqidah triniti. Mereka menggunakan teks Bible dan logik untuk menolak konsep triniti di dalam Kristian.[6]
Kesimpulan
Konflik ketuhanan Jesus di dalam agama Kristian sendiri wujud pertembungan yang besar. Dari zaman awal perkembangan Kristian sehinggalah sekarang. Oleh kerana kita mengetahui bahawa prinsip setiap agama memiliki kepercayaan kepada kitab suci, oleh itu penting untuk hal sedemikian ini dirujuk kembali di dalam kitab suci mereka. Mungkin di dalam Bible itu terdapat ayat-ayat yang menceritakan soal kepercayaan triniti atau konsep ketuhanan Jesus yang menyebabkan golongan Nicene Creed masih mempertahankannya. Atau sekiranya tidak ada harus mengapa ia tidak boleh dibincangkan?
Laman Rujukan Autentik:
[1] Aliran Necene Creed inilah yang menjadi aqidah kepada denominasi Katolik dan Protestan.
[2] http://www.ccel.org/ccel/schaff/hcc3.iii.xii.iv.html
[3] http://www.uua.org/beliefs/what-we-believe
[4] https://www.catholic.com/tract/distinctive-beliefs-of-the-jehovahs-witnesses
[5] https://www.jw.org/en/publications/magazines/wp20090401/is-jesus-god/
[6] https://www.jw.org/en/bible-teachings/questions/trinity/

Kristian: Konflik Dalaman, Satu Atau Tiga?

| Artikel | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>